Monday, March 5, 2012

Everything is NEW!

Hola!

Di bulan baru ni, aku telahpun memulakan kerja di tempat baru. Saje je bertukar angin. Lagipun aku teringin nak kerja yang mencabar dan sentiasa busy dari pagi sampai petang. Tapi taknak lah sampai kena overtime pulak. Previous company, sekarang ni project sikit sangat. So most of the time datang office hanyalah berbual kosong dan pretend busy depan laptop. He He He.

Dan aku mengambil keputusan untuk mencari kerja baru. Aku login jobstreet apply sebanyak yang mungkin. Apply berpuluh-puluh pun yang panggil interview 3 sahaja. Yang berjaya 2 dan yang dipilih tentulah 1. Entah macamana boleh pergi ke Bangi. Aku click je mana company kat Selangor. Sekali bila orang dari Bangi call panggil interview terkejut aku. Tapi pikirkan my sis pun dekat Putrajaya ape salahnya kalau aku pulak kat Bangi. Dulu mak ada cakap carilah kerja area bangi ke kajang ke putrajaya. Boleh kita pindah sana. Hah! Akhirnya dapat jugak. Mulut mak memang masin la. Apa salahnya kalau berbaloi dengan gaji.

Keputusan samada pindah atau tidak itu tak tau lagi la. Take time nak memikirkannya. Tunggu aku dah kukuh kewangan dan dah setahun kerja baru boleh pikir bab pindah randah ni. Mana lah tau jodoh dah sampai tahun ni dah kena pindah lagi. Just wait and see jela nanti.

Pasal kerja baru ni so far so good. First and second day banyak bukak file jela sebab nak faham projek-projek lepas dan on going. Lepas ni aku kena handle sub-con claim dan akan banyak pergi site! Yeahh! Aku suka aku suka! Takde lah terperuk kat ofis je membanyakkan lemak di pinggang dan di perut. Hopefully aku akan banyak belajar kat sini dan tiada ape-ape masalah dalam tahun pertama.

Last week my manager ada cakap nak pergi site hari ni. Tak tau la jadi ke tidak. Oh ya! Hari ni adalah hari ketiga ku di sini.

Happy Monday!
Happy Birthday for my bff Diyana Basri!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #5


Friday, February 24, 2012

Nuffnang

First time nak cerita pasal Nuffnang ni. Padahal dah masuk tahun ke-5 berblog. KASIHAN!

Oklah, aku join nuffnang ni dah lama dah. selama mana aku berblog selama itu lah aku join nuffnang. Bermula dengan non-exclusive member ke Glitterati. Mulanya aku tak faham langsung fungsi nuffnang ni. yang aku tau kalau masukkan code kat blog, nanti boleh dapat duit. Till now aku masih beranggap begitu la. Lagi-lagi kalau ada orang klik kat advertisement yang keluar. Selebih tu malas nak amik tau. Memang aku tak kesah sangat pasal duit-duit masuk ni. Lagipun traffic kat blog aku ni takde la banyak mana. Niat aku, aku berblog hanya suka-suka. Itu je!

Dan setelah hampir 2 tahun berblog, aku pun check account nuffnang, sekali dia kata boleh cash out duit sebab dalam account tu ada RM50.20. Aku pun terus click butang cash-out. Pastu hari-hari aku tunggu posmen, excited nak dapat cheque. Padahal bukan banyak pun. Tunggu punya tunggu punya tunggu tapi tak sampai-sampai. Mula la nak frust-frust. Terus malas nak tunggu. Setelah beberapa minggu or bulan (aku pun dah lupa), tiba-tiba dapat cheque. Tersenyum lebar. Kalau tak silap masa tu bulan puasa kot. So, aku dah aim purse Adidas. Lepas dah deposit cheque, terus cari butik adidas. So sampai sekarang masih simpan purse tersebut. At least nampaklah penat lelah berblog, bila tengok purse mesti ingat blog & nuffnang. Thanks to readers too. Dulu purse ni penah hilang bersama RM500 aku. Tapi Alhamdulillah jumpa balik sebab pencuri tu hanya ambik duit dan tinggalkan purse aku di dalam poket seluar dalam Jusco. Masa ni blog ni ada reader yang aktif tapi sekarang mereka pun dah senyap dari dunia blog. Hu Hu Hu.


Now, account nuffnang lambat bergerak. Dari dulu sampai sekarang tak sampai 50 pun. Ntah bila la boleh cash-out lagi. Kalau tidak, boleh beli baju kerja! He He He. Macamanalah yang boleh sampai ribu raban. Sangat jealous! Tapi itu tengoklah usaha mereka meng-update dan aktif 24/7. Kalau macam aku ni tenggelam timbul readers pun lari. Ha Ha Ha. Walau ape pun aku tetap happy dengan dunia blog ni. Cuma untuk aku aktif berblog tu tidak mungkin.. Sekarang pun blogger dah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dulu aku agak addicted tapi tidak sekarang. Hanya ada kelapangan masa je aku update.

Wednesday, February 22, 2012

Dilemma

Susah betul la nak berpikir kalau kita dalam dilemma. Lagi-lagi soal kerjaya. Sebab takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Ada la dalam 3 minggu aku berkeadaan begini. 


Company R kata: 

"pikir masak-masak u takkan dapat flexibility macam kat sini"


Company K kata:

"u must think why you find another job? You want to explore construction world rite? Decide the best for you"


Company B kata:

"I will groom you!"



STRESSSS!!!



Actually mencari kerja baru ni started last year lagi. Tapi masa tu rezeki belum sampai. Double effort tahun ni! Trying hard masa interview. Alhamdulillah I got it! Masa interview kat company K, confident level aku low. Sebabnya blur. Ape yang interviewer tanya semua aku salah. Tengok muka dia pun macam tak berminat ngan aku. Rasa macam nak campak resume kat kepala aku je sebab ade degree tapi ape pun tak tau. Memang malu la masa tu. Aku pun malas nak pikir panjang la. Balik dengan keadaan tak mengharap. After chinese new year dapat phone call dari interviewer tu sendiri. Aku berjaya dalam interview tu dan tunggu offer letter jela la. 


Selang sehari dapat interview kat company B. Disebabkan tak sign ape-ape lg aku pun pegi interview tu dengan perasaan saje suka-suka. Tak sangka interview session tu went smooth. Aku just cakap aku kurang experience, willing to learn, berharap dapat pegi site selalu. Interviewer tu kata "I suka cara you. I hope you terpilih. I akan ajar u sampai u pandai." Seriously this is the first interview yang cakap macam tu kat aku. Selama ni semua end up dengan muka tak berminat. Aku rasa macam ada peluang. After a week dia call bagitau aku berjaya. Yang company K still tak bagi offer letter. Bila call cakap boss tak sign lagi. Dalam kepala otak dah pikir nak pilih B!


Last week on Monday offer letter dr K dah siap. Aku pun pegi amik. They want me to work immediately tapi disebabkan offer letter lambat dapat, resignation letter yang aku hantar 1st Feb di batalkan. Last Friday pulak dapat offer letter dr B. Selepas diteliti dan buat comparison, B is better. Now, the problem is R want to counter offer me. They said will offer sama atau kurang sikit. I said I don't want!! .Sampai ke hari ni tak ade kesudahan. Macam ni proses resignation aku lambat la. Apa yang nak dibincangkan pun aku tak tau. Better dorang amik QS lain je. Aku tetap dengan pendirianku. 

Masa on the way ke Penang Manager dari K called aku tak tak sempat nak angkat sebab aku sedang memandu. Sampai kat bukit bendera aku kuatkan hati call dia and say sorry to him yang aku tolak offer dia. Alangkah marahnya dia. Dia kata unfair to him. Dia dah blocked semua candidate sebab aku terima tawaran dia. Tapi siapa suruh lambat sangat proses offer letter tu. Almost 3 weeks kot baru nak siap. Lagi satu selagi takde hitam putih aku berhak terima mana yang better offer kan? Ni nak marah-marah aku pulak. Lagi satu patutnye adalah candidate simpanan. Ape pun bukan rezeki aku di sana. 


Sekian, terima kasih.

Tuesday, February 21, 2012

Thanks Sister...


As you all know, last weekend we all pergi holiday. Holiday ni tajaan my sister. Nak harap aku harap maaflah. Gaji masih kecik dan gaji tak masuk lagi. Orang yang banyak duit je holiday tengah-tengah bulan. Mak pun ada jugak contribute sikit. He He He

Yang mengikuti percutian adalah sister, adik, mak, anak buah (ain) dan aku. Nampaknya viva aku baru 3bulan dan jalan jauh. Kami bertolak pagi Sabtu dan sampai ke rumah malam Ahad. Destinasi yang dituju ialah PULAU PINANG! wuhuuu.. First time aku jejak kaki ke negeri ini. Anyway, best jugak la. Keliling laut. Nampak tenang. Kami check-in hotel pun kat town, so senang nak jalan-jalan. Sesampai di Penang timing memang tepat lah terus check-in letak bagasi semua dan terus lunch di Nasi Kandar Line Clear. Kemudian ke Bukit Bendera, Toy Museum, Batu Feringhi, Padang Kota Lama dan balik ke hotel. Sampai hotel memang flat dah masing-masing. Mandi dan tidur. Esoknya ke Komtar, beli Jeruk kat Pak Ali pastu naik ferry menuju ke seberang. Sampai Tanjung Malim tapau Pau Yik Mun, the famous pau in Tg Malim.

Percutian pertama pada tahun ini.. Harap lepas ini ada percutian yang kedua. Tapi tunggu lepas dah settle semua dilemma yang membelenggu diri ini. Harap kerja baru aku akan memberikan aku kegembiraan dan kebahagiaan. Insya Allah.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails